spot_img
spot_img

Pas-UMNO Selangor teguh perkukuh Muafakat Nasional

spot_img

SHAH ALAM – Pas dan UMNO Selangor akan terus melaksanakan arahan parti masing-masing dalam memperkasakan gabungan Muafakat Nasional (MN) di negeri ini.

Agenda pengukuhan Muafakat Nasional itu turut dizahirkan menerusi perjumpaan mahabbah Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, semalam.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, permuafakatan akan membawa berkat apabila pimpinan setiap parti masing-masing berjiwa besar dalam membawa pengukuhan Muafakat Nasional di Selangor.

- Advertisement -

“Kerap duduk berbincang dengan matang dan penuh kasih sayang demi agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi kemas kini di laman Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Roslan berkata, setiap permasalahan akan dapat diselesaikan menerusi perbincangan antara satu sama lain bagi menangani perkara itu.

Tambahnya, kesatuan yang berteraskan kepada perintah ALLAH akan lebih kukuh walaupun gabungan itu perlu berdepan dengan pelbagai ujian.

- Advertisement -

“Tiada yang kusut tidak dapat dileraikan, tiada yang keruh tidak dapat dijernihkan. Pokoknya bertegur-sapa, berbincang dan bermesyuarat,” katanya.

Sumber-SINAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img