spot_img
spot_img

Pas komited terus pertahan PN

spot_img

SHAH ALAM – Pas komited untuk terus mempertahankan Perikatan Nasional (PN) dan dalam masa sama memperkasakan Muafakat Nasional (MN).

Ketua Dewan Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ia merupakan komitmen Pas walaupun Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat UMNO perlu mengkaji semula hubungannya dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PN pada pilihan raya umum akan datang.

“Insya-ALLAH, kami ada mesyuarat MN esok (hari ini),” katanya ringkas kepada Sinar Harian di sini semalam.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh atau Ku Li semalam yang menyarankan agar UMNO mengkaji semula hubungan dengan Pas dan Bersatu.

Tengku Razaleigh mendakwa hubungan UMNO dengan kedua-dua parti tersebut tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat dan negara kerana matlamat masing-masing seakan-akan sama sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.

Pada masa sama, Tengku Razaleigh juga berpendapat UMNO sepatutnya menguasai kerajaan kerana ia parti yang terbesar dalam blok kerajaan walaupun kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

- Advertisement -

Sumber-SINAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img