spot_img
spot_img

Hari malang Joachim Loew

spot_img

Seville, Sepanyol: Joachim Loew mengakui ia “hari malang” buat Jerman selepas dibelasah Sepanyol 0-6 dalam saingan Liga Negara-Negara sekali gus menambah tekanan kepada pengendali skuad Jerman itu.

Ferran Torres meledak gol hatrik buat Sepanyol di Sevilla, meninggalkan Loew mengharungi kekalahan terburuk Jerman dalam tempoh 89 tahun.

“Ini adalah hari malang buat kami,” akui Loew selepas kekalahan terburuk Jerman sejak tewas 0-6 kepada Austria di Berlin pada 1931.

- Advertisement -

“Kami sememangnya tersasar daripada perancangan kami selepas ketinggalan 0-1, memang membimbangkan dan Sepanyol memanfaatkan peluang yang diperoleh mereka.

“Tiada yang berfungsi dengan baik, sama ada pertahanan atau serangan.

“Kami memberikan ruang yang luas, terdapat juga masalah komunikasi di antara pemain.”

- Advertisement -

Keputusan itu menambahkan lagi dua kekalahan teruk Loew sebagai jurulatih Jerman apabila skuad kendaliannya tewas 0-3 kedua-duannya kepada Republik Czech pada 2007 dan Belanda pada 2018.

-Metro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img