TERKINI
BERITA Politik

Hans Isaac bakal bertanding di PRU15? Ini jawapan beliau…

November 18, 2020 3:07 pm – zul
KUALA LUMPUR: Susulan pemecatan bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin daripada parti tersebut, PKR kini tidak mempunyai wakil rakyat di kerusi Parlimen Ampang.
Pada Isnin, timbul pula spekulasi bahawa bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac akan diketengahkan di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Astro AWANI sempat menghubungi Hans bagi mendapatkan pengesahan dan perincian lanjut mengenai pencalonannya itu.
Hans yang juga merupakan ahli PKR itu berkata ia terpulang kepada parti dan juga masyarakat setempat sama ada mahu memilihnya sebagai calon atau pun sebaliknya.
Jelas beliau, objektifnya pada ketika ini adalah untuk memberikan fokus untuk membantu masyarakat di Ampang.
“Objektif saya adalah untuk terus memberikan fokus bagi membantu masyarakat di Ampang.
“Berhubung sebarang pencalonan untuk PRU15 di Ampang, ia terpulang kepada Presiden, parti dan masyarakat Ampang,” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada Astro AWANI pada Selasa.
Beliau berkata pasukannya dikenali “Kita Budak Ampang” memberikan fokus kepada program sosial bagi membantu masyarakat di situ dan mereka menghargai segala sokongan serta bantuan yang dihulurkan.
Bagaimanapun, katanya, politik arus perdana Malaysia memerlukan barisan pemimpinan baharu kerana ia seolah-olah didominasikan oleh ramai ahli politik yang lebih berusia.
“Kita mempunyai individu lama yang sama dalam arena politik dan itulah sebab rakyat Malaysia tidak berminat dengan politik.
“Kita memerlukan perubahan untuk masa depan yang lebih cerah tetapi ia merupakan tanggungjawab kita untuk memilih dan membuat perubahan tersebut.
“Saya faham rakyat kecewa, tetapi kita tidak boleh berputus asa dan ia sememangnya hak kita untuk memilih jalan yang betul,” katanya.
Untuk rekod, kerusi Parlimen Ampang merupakan kubu kuat PKR sejak PRU ke-12 pada 2008.
Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid