spot_img
spot_img

Bekas menteri Mokhtar Hashim meninggal dunia

spot_img
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia awal pagi tadi.
Allahyarham yang juga bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan itu meninggal dunia di sebuah hospital di Ampang, Selangor.
Mokhtar menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.10 pagi tadi, menurut anaknya Imri dan Sany Mokhtar menerusi WhatsApp kepada media.
“Bagi pihak keluarga, ingin kami maklumkam kepulangan ayahanda tercinta kami, Dato’ Mokhtar Hashim ke Rahmatullah pada 3.10 pagi, Rabu 18 November 2020.
“Urusan solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan seterusnya.”
Mokhtar merupakan Menteri Belia dan Sukan dari tahun 1980 hingga 1983.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai setiausaha Parlimen kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dari 1972 hingga 1975.
Mokhtar juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dari 1974 hingga 1976.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img