spot_img
spot_img

Amarina yakin kemampuan skuad wanita

spot_img

Kuala Lumpur: Pengurus pasukan hoki wanita Siti Noor Amarina Ruhani yakin dengan kemampuan barisan baru skuad kebangsaan untuk terus mengukir nama di pentas antarabangsa.

Namun beliau mengakui bahawa ia memerlukan satu tempoh jangka masa yang panjang berikutan ia adakah skuad baru yang dibentuk pada Oktober lalu di bawah bimbingan jurulatih, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim.

Katanya, berdasarkan pemerhatian beliau, pemain dalam skuad wanita sekarang ini menunjukkan semangat yang tinggi untuk meyakinkan jurulatih atas kemampuan mereka masing-masing dan itu satu petanda yang sangat positif.

- Advertisement -

“Terima kasih kepada MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk terus bersama pasukan wanita. Sebelum ini saya sebagai pemain dan ketua pasukan yang beraksi di dalam padang saja tapi sekarang skop kerja itu tidaklah terlalu jauh.

“Ini satu platform dan laluan terbaik untuk saya bekerjasama dengan jurulatih dan pemain dan kami sama-sama berusaha mencapai matlamat.

“Berdasarkan pemerhatian saya, saya lihat pemain dalam skuad wanita sekarang ini begitu bersemangat dalam usaha mereka untuk meyakinkan jurulatih dan itu sangat baik jadi saya yakin mereka mampu beri yang terbaik dan menaikkan pasukan wanita ini seperti yang disasarkan,” kata Siti yang mengetuai skuad negara menamatkan saingan di kedudukan ketiga Siri Final FIH di Banbridge, Ireland, Jun tahun lalu.

- Advertisement -

Berusia 33 tahun, Siti turut mengetuai skuad negara merangkul tiga emas di Sukan SEA (2013, 2015 dan 2017) dan turut merangkul perak di Kejohanan Liga Hoki Dunia pada 2017 di Kuala Lumpur.

Dia menjadi kapten pasukan sejak 2004 sebelum mengambil keputusan bersara tahun pada April lalu selepas 16 tahun beraksi untuk Malaysia dan dilihat masih mampu beraksi di pentas antarabangsa.

Pencapaian terbaiknya sebagai pemain kebangsaan adalah merangkul gangsa di Kejohanan Trofi Asia di Kakamigahara, Jepunn pada 2013.

-Metro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img