spot_img
spot_img

AirAsia Jepun ‘bungkus’

spot_img

KUALA LUMPUR: Air Asia Group Bhd (AirAsia) mengumumkan, syarikat bersekutu miliknya di Jepun, Air Asia Japan (AAJ) telah memfailkan permohonan kebankrapan hari ini.

AirAsia memegang sebanyak 33 peratus kepentingan dalam AAJ.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AirAsia memberitahu ia kesan daripada ketidakmampuan melunaskan komitmen kewangannya akibat penurunan permintaan perjalanan semasa pandemik Covid-19.

- Advertisement -

“Kini, jumlah kos pelaburan di AAJ telah dikurangkan sepenuhnya,” kata syarikat penerbangan tersebut.

Awal Oktober lalu, kumpulan itu telah mengumumkan ahli lembaga pengarahnya memutuskan untuk menutup operasi AAJ bagi mengurangkan beban kewangan operasi di Jepun yang terkena impak besar semasa dunia sedang memerangi virus Covid-19.

Wakil Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi AirAsia Jepun, Jun Aida berkata, walaupun telah berusaha untuk mengekalkan operasi melalui inisiatif pengurangan kos, namun syarikat memutuskan bahawa adalah sangat mencabar bagi syarikat meneruskan operasi tanpa kepastian pemulihan pasca pandemik. – UTUSAN

- Advertisement -

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img