spot_img
spot_img

PRK Batu Sapi: Terpulang kepada pucuk pimpinan Bersatu – Azizah

spot_img
KUALA LUMPUR: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti sama ada mahu bertanding atau menarik diri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
Ketua Srikandinya, Datuk Azizah Mohd Dun berpandangan, apa yang penting adalah keselamatan rakyat perlu diutamakan, sekiranya pilihan raya masih perlu diteruskan.
“Bagi saya kalau untuk parti saya, ia terpulang kepada pucuk pimpinan parti.
“Saya tidak mempunyai hak untuk bercakap seperti itu (menarik diri daripada bertanding), tetapi ia terpulang kepada kepimpinan parti untuk melihat apa yang baik untuk rakyat di kawasan Batu Sapi,” katanya kepada Astro AWANI di Lobi Parlimen, di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Beaufort itu berkata, beliau secara peribadi berharap agar PRK Parlimen Batu Sapi dapat ditangguhkan, sementara waktu.
Namun, katanya perkara itu perlu diteliti secara mendalam oleh kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandangkan pilihan raya perlu diadakan selepas satu-satu kekosongan kerusi.
“Walaupun dalam Perlembagaan itu memang dalam 60 hari mesti diadakan (pilihan raya), tetapi mungkin ada cara lain yang boleh dilihat (termasuk) mungkin Yang di-Pertuan Agong dapat melihat bagaimana cara kita dapat mengatasi masalah supaya pilihan raya tidak dapat diadakan.
“Jadi, rakyat akan lebih selamat dengan cara itu kerana kita telah melihat bagaimana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kita berhadapan dengan gelombang ketiga yang telah menyebabkan begitu ramai dijangkiti COVID-19,” katanya.
PRK Parlimen Batu Sapi diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 2 Oktober lepas.
SPR menetapkan 23 November ini sebagai tarikh penamaan calon, 1 Disember sebagai tarikh mengundi awal sementara 5 Disember sebagai tarikh mengundi.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img