spot_img
spot_img

Ku Li mahu UMNO ketuai kerajaan

spot_img
KUALA LUMPUR: Dengan bilangan ahli Parlimen paling ramai di Dewan Rakyat, UMNO seharusnya menjadi parti yang menguasai kerajaan dan memegang portfolio penting dalam kerajaan, kata Pengerusi Lembaga Penasihat parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.
Ahli Parlimen Gua Musang itu menegaskan UMNO sepatutnya disokong, dan bukannya menyokong parti lain, kerana ia parti yang terbesar dalam blok kerajaan walaupun kalah pilihan raya umum 2018.
“Sebenarnya kita tak patut bagi sokongan… saya bercakap terus terang kerana UMNO parti terbesar.
“Walaupun kalah pilihan raya umum 2018, tapi bilangan kita terbesar di Parlimen, kita patut mengepalai mana-mana kerajaan baru yang dibentuk, bukan kerana kita besar kepala, bukan nak jadi ketua.
“Kita adalah golongan terbesar, parti tertua, ada pengaruh di merata tempat. Rakyat di setiap sudut kehidupan di negara ini ada kait-mengait dengan perjuangan kita… wajar kita diberi pimpinan,” katanya kepada portal The Malaysian Insight.
Tengku Razaleigh yang lebih dikenali dengan nama Ku Li juga berkata beliau mempersoalkan pimpinan UMNO kerana parti tidak memegang lebih banyak jawatan menteri atau diberi peranan portfolio utama dalam kabinet Muhyiddin Yassin.
“Saya soal pimpinan UMNO, mengapa kita jadi begitu… mengapa tak ambil pimpinan parti kerajaan baru untuk UMNO… tapi mereka pun tak boleh jawab.
“Kita bagi sokongan jugalah (kepada kerajaan Muhyiddin) sebab nak redakan krisis politik,” tambahnya.
Tengku Razaleigh menegaskan wakil rakyat UMNO mampu menjamin kestabilan pentadbiran sekiranya memegang portfolio penting kerana parti itu ada pengaruh yang besar di serata negara.
“Saya sekarang ini tak setuju dengan kerajaan ini… kalaupun orang lain memimpin kerajaan ini, tetapi bahagian untuk kita mentadbir negara ini mestilah portfolio penting kerana kita mempunyai pengaruh yang luas.
“Kita boleh menjamin supaya kestabilan wujud, kerana kita mempunyai pengaruh yang luas dan pengalaman yang banyak.
“Itu sebab kita rasa kita boleh menyumbang terhadap perkhidmatan yang lebih baik daripada apa yang dinikmati sekarang,” katanya.
UMNO kini mempunyai 38 ahli Parlimen di Dewan Rakyat selepas segelintir wakil rakyatnya bertindak meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img