TERKINI
BERITA Politik

ADUN Bugaya Manis Muka meninggal dunia

November 17, 2020 5:46 pm – zul
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65 tahun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, pada Selasa.
Menurut sumber, Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan selepas difahamkan mengalami masalah buah pinggang.
Bagaimanapun, wakil rakyat dari daerah Semporna itu dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), sebelum dilaporkan meninggal dunia sekitar tengah hari tadi.
Sementara itu, Naib Presiden Warisan Datuk Jaujan Sambakong ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.
Tambah Jaujan, beliau dimaklumkan oleh suami Manis Muka mengenai berita itu kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
“Sekarang saya pun berada di Gleneagles Hospital, kita sedang menunggu pengesahan doktor mengenai waktu kematian dan punca,” katanya.
Tambah Jaujan, selepas selesai, jenazah akan dibawa ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu untuk disolat dan dikapankan sebelum dibawa pulang ke Semporna hari ini untuk dikebumikan
Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid