spot_img
spot_img

Proton ada laman web kereta terpakai sendiri

spot_img

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd. (Proton) menawarkan cara mudah membeli kereta terpakai menerusi pelancaran rasmi laman web kereta terpakai iaitu Proton Certified Pre-Owned (PCPO) yang membolehkan pelanggan mendapat maklumat kenderaan daripada 36 pengedar seluruh negara.

Proton memberitahu, pe­langgan juga boleh menukar beli kenderaan masing-masing untuk menerima tawaran hebat bagi pembelian model baharu keluaran syarikat itu.

Atas dasar itu, Proton berkata, bahagian pengurusan kereta terpakai (UCM) telah ditubuhkan dan diberi tugas membina rangkaian pengedar yang berkebolehan menjual kereta terpakai bersama kereta baharu.

- Advertisement -

“Bermula dengan hanya lapan pengedar, program PCPO kini mempunyai 36 pengedar dengan setiap pengedar perlu memenuhi syarat dari segi kewangan dan praktikal serta bersetuju mengambil langkah yang diperlukan untuk menyediakan stok tukar beli mereka sebelum dijual,” katanya dalam kenya­taan.

Selain jenama Proton, jenama kereta lain yang ditukar beli juga akan dijual di laman web PCPO.

Bagi kereta jenama selain Proton, jaminan tambahan tidak akan diberikan tetapi tetap menerima pemeriksaan menyeluruh dan dibaik pulih sebelum ditawarkan kepada pelanggan.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Roslan Abdullah berkata, program PCPO adalah langkah Proton bagi membina ekosistem menyeluruh.

“Semua kereta PCPO diberi jaminan tambahan selama setahun bagi bahagian enjin dan kotak gear serta khidmat servis percuma yang boleh ditebus sehingga enam bulan selepas tarikh pendaftaran.

“Kami berharap dengan menawarkan kereta terpakai berkualiti tinggi, harga kereta terpakai Proton juga akan me­ningkat secara keseluruhan dan memberi kesan kepada pemilik dari segi mendapat kadar pinjaman kewangan yang kompetitif dan nilai tukar beli tinggi apabila ingin membeli kereta yang baharu,” jelas beliau. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img