spot_img
spot_img

PRK Batu Sapi: BN Sabah akan sokong calon GRS – Bung Moktar

spot_img

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akan menyokong calon daripada mana-mana parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sekiranya parti dalam gabungan itu memilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya mendengar banyak khabar angin, antaranya seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di kawasan Batu Sapi berminat untuk bertanding, tetapi sehingga kini tiada calon daripada GRS disahkan bertanding.

“Sesiapa sahaja kita bantu, kita dalam gabungan (GRS). Khabar angin itu semua orang ada dengar, belum pasti siapa dicalonkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Sabah di sini hari ini.

- Advertisement -

PRK Parlimen Batu Sapi diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong daripada Warisan, yang meninggal dunia pada 2 Okt lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Nov ini sebagai tarikh penamaan calon, 1 Dis sebagai tarikh mengundi awal dan 5 Dis sebagai tarikh mengundi.

Pada 8 Okt lepas Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu tidak akan bertanding dalam PRK Parlimen Batu Sapi, manakala Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Jaujan Sambakong pada 6 Nov menyatakan parti itu sudah mengenal pasti calon.

GRS terdiri daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS, membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 baru-baru ini.

- Advertisement -

PN dianggotai Bersatu, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), dan Parti Progresif Sabah (SAPP), manakala BN dianggotai UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah PBRS).

Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img