spot_img
spot_img

Presiden China sekat saham Jack Ma

spot_img

(13 Nov): Presiden China Xi Jinping secara peribadi memutuskan untuk menarik balik tawaran awam (IPO) awal Ant Group yang bernilai 37 bilion dolar AS, lapor Wall Street Journal pada hari Khamis, memetik dari pegawai China yang mengetahui perkara itu.

Keputusan untuk menghentikan apa yang akan menjadi IPO terbesar di dunia itu, berlaku beberapa hari selepas pengasas jutawan fintech Jack Ma melancarkan serangan terbuka terhadap pengawalselia kewangan dan bank kewangan negara China.

Presiden Xi memerintahkan pengawal selia China untuk menyiasat dan secara efektif menutup pengapungan pasaran saham syarikat Ant, kata laporan itu di sini.

- Advertisement -

Ant Group tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk memberi komen. Pejabat Penerangan Dewan Negara, kabinet China, tidak dapat dihubungi segera untuk memberi komen.

Ma telah mengatakan pada pertemuan kemuncak di Shanghai pada 24 Oktober bahawa sistem pengawalseliaan perlu lebih inovasi dan mesti diperbaharui untuk mendorong pertumbuhan. Awal bulan ini, Reuters melaporkan ucapan itu mempengaruhi sambutan penyenaraian IPO Ant.

Setelah ucapan Ma itu, para pengawal selia negara mula membuat laporan termasuk laporan mengenai bagaimana Ant menggunakan produk kewangan digital seperti Huabei, perkhidmatan kad kredit maya, untuk mendorong orang miskin dan muda untuk mendapatkan pinjaman dan seterusnya membina legasi hutang.

- Advertisement -

Pejabat umum Majlis Negera menyusun laporan mengenai sentimen masyarakat mengenai ucapan Ma dan menyerahkannya kepada pemimpin kanan termasuk Presiden Xi, lapor Reuters.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img