spot_img
spot_img

Ketua cawangan Bersatu Johor Bahru desak ketua bahagian letak jawatan

spot_img

JOHOR BAHRU: Seramai 11 ketua cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Bahru mendesak kepeimpinan tertinggi parti berkenaan mengambil tindakan terhadap Ketua Bahagian mereka, Abdull Bakar Ali.

 

Pengerusi Jawatankuasa Khas Badan Bertindak Bersatu Bahagian Johor Bahru, Datuk Jemale Paiman berkata, keputusan itu diambil pihaknya ekoran kegagalan Abdull Bakar Ali menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian berkenaan.

- Advertisement -

 

“11 cawangan Bersatu di Bahagian Johor Bahru telah sebulat suara untuk mendesak agar Ketua Bahagian meletakkan jawatan sebelum 30 November ini. Antara sebab kita mahu dia berundur adalah kerana kegagalannya mengadakan aktitivi berskala besar, sederhana atau kecil di peringkat cawangan.

 

- Advertisement -

“Selain itu, dia juga tidak pernah mengadakan mesyuarat melibatkan semua 14 cawangan di bahagian ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 

Menurut Jemale, surat yang ditandatangani kesemua 11 ketua cawangan akan diserahkan kepada kepimpinan negeri dalam waktu terdekat ini.

 

“Tindakan ini dibuat kerana mahu mengukuhkan lagi jentera parti di peringkat Johor Bahru dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

 

“Sekiranya tiada tindakan diambil berhubung tuntutan ini, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah lain yang lebih drastik pada masa depan,” ujarnya.

 

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya beserta kesemua ahli mereka tetap menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu.

Sumber– UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img