spot_img
spot_img

Fitnah PM: Bersatu buat laporan polis terhadap portal berita

spot_img

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah portal media yang didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata terdapat satu perenggan dalam artikel bertajuk ‘Saman Agong Satu Tragedi Negara’ yang disiarkan pada 7 Nov lepas itu memberi tanggapan dan menimbulkan kekeliruan rakyat terhadap kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu.

“Terdapat perenggan dalam artikel itu memberi maksud seolah-olah Muhyiddin selaku presiden (Bersatu) mengarahkan peguam untuk saman Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

- Advertisement -

“Kami merasakan ini satu fitnah dan tidak patut dilakukan… Kami mahu portal ini disiasat mengikut akta dan kanun keseksaan bersesuaian,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini hari ini.

Beliau berkata portal media tersebut turut diminta membuat permohonan maaf dalam masa terdekat berhubung penyiaran artikel itu.

Wan Saiful berkata Bersatu menyokong sepenuhnya kebebasan media namun ia perlu selaras dengan tanggungjawab dan etika kewartawanan.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Laporan polis berhubung perkara sama turut dilakukan Bersatu Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah dan Bersatu Bahagian Balik Pulau, Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau.

Pada 30 Okt lepas, dilaporkan seorang peguam Syed Iskandar Syed Jaafar memfailkan saman pemula memohon pentafsiran peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung budi bicara Yang di-Pertuan Agong menolak pengisytiharan darurat seperti yang dinasihati perdana menteri bagi menangani pandemik COVID-19 di negara ini.

Saman itu difailkan Syed Iskandar di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi Tetuan R Kengadharan & Co dan menamakan kerajaan sebagai defendan.

Sumber-BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img