TERKINI
Belanjawan 2021 BERITA

Prihatin, PENJANA dan Kita Prihatin menyumbang penurunan kadar pengangguran – Tengku Zafrul

November 12, 2020 5:40 pm – zul
KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan untuk menjana peluang pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja melalui pakej Prihatin, PENJANA dan Kita Prihatin menyumbang kepada penurunan kadar pengangguran negara.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pada bulan September, kadar pengangguran terus menurun kepada kadar 4.6 peratus, berbanding 4.7 peratus pada bulan Ogos.
“Ini menunjukkan tren penurunan yang konsisten sejak dari 5.3 peratus pada bulan Mei, dan melambangkan pengukuhan daya tahan pasaran pekerjaan negara. Apa-apa pun, usaha masih perlu diteruskan kerana situasi kini amat tidak menentu,” katanya pada Khamis.
Katanya lagi, Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion melambangkan kesinambungan usaha kerajaan dengan tiga matlamat untuk Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi.
“Pertama, bagi B40, antara inisiatif utama termasuk Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM6.5 bilion yang akan memanfaatkan 8.1 juta penerima kelak.
“Kerajaan juga meningkatkan gaji isi rumah minima kepada RM5,000 dan juga mengurangkan minima umur penerima bujang kepada 21 tahun bagi membantu lebih ramai rakyat,” ujar beliau.
Tambahnya, golongan B40 turut dibantu dengan lanjutan moratorium pinjaman bank secara automatik selama tiga bulan atau pengurangan bayaran ansuran bulanan sebanyak 50 peratus untuk enam bulan.
“Mereka hanya perlu memberitahu bank pilihan mana yang diinginkan. 8.1 juta rakyat akan menerima manfaat ini. Moratorium ini juga diberikan kepada peniaga mikro yang mempunyai hutang kurang RM150,000. Bantuan ini akan bermula bulan Disember 2020,” kata Tengku Zafrul.
Selain itu, di bawah program Penjana Kerjaya, Kerajaan akan membayar 40 peratus gaji bulanan, iaitu setinggi RM4,000 untuk menggalakkan majikan mengambil pekerja.
“Bagi pengambilan OKU atau mereka yang menganggur lama, kerajaan membayar 60 peratus
gaji, iaitu sehingga RM6,000. Bantuan ini akan diberikan selama enam bulan dan bernilai lebih RM2 bilion.
“Kesemua inisiatif ini perlu dilihat dengan menyeluruh. Secara ringkasnya, usaha kerajaan untuk golongan M40 adalah untuk meningkatkan pendapatan boleh guna, mengekalkan pekerjaan, serta membantu melonjakkan pendapatan sama ada melalui peningkatan kemahiran ataupun memudahcara bidang keusahawanan,” ujar beliau.
Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid