TERKINI
BERITA Politik

Politik Malaysia tidak menuju ke arah gerontokrasi

November 12, 2020 3:35 pm – zul
KUALA LUMPUR: Biarpun masih ramai ahli politik yang lebih berusia mendominasi politik arus perdana Malaysia, ia bukan bermakna politik tanah air sedang menuju ke arah gerontokrasi.
Menurut Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib, peralihan kuasa politik kepada golongan lebih muda dilihat bersifat semula jadi dan bukannya secara radikal.
Dr Kartini berkata, peralihan secara organik itu sebenarnya dapat dilihat menerusi penampilan banyak kepimpinan muda dalam semua parti politik pada ketika ini.
“Apabila ia organik, pemimpin muda diberi ruang tetapi cuma mereka mahukan lebih ruang. Dalam keadaan ini, kita harus melihat peluang yang lebih itu telah diberi.
“Ia berbalik kepada bagaimana seseorang itu memberikan definisi kepada usia tua. Kalau lihat pada definisi yang diberi UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu), istilah usia tua itu ialah 65 tahun ke atas.
“Di Malaysia, kita sudah mengetepikan gerontokrasi kerana ramai pemimpin kita berusia 30-an, 40-an dan 50-an.
Ujarnya lagi, penurunan kuasa kepada generasi muda di negara ini bersifat hierarki dan vertikal selain dipengaruhi amalan patron-client oleh parti-parti politik tempatan.
“Persoalan budaya politik ini sangat akrab dengan aspek feudalisme itu, dan patron-client menyebabkan wujudnya hambatan.
“Melainkan parti itu ialah parti yang mempunyai populasi yang kecil, maka kuranglah hierarki dalam parti tersebut dan usia populasi ahli juga berkurangan.
“Kita lihat jika seseorang ahli UMNO ingin menjadi terkenal, dia mengambil masa yang lama disebabkan faktor usia parti itu sendiri,” katanya.
Sebelum ini, Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaafar menyatakan pendapat bahawa pemimpin Malaysia tidak menyediakan lapisan baharu sehingga mengudang risiko gerontokrasi.
Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid