spot_img
spot_img

Johor Port tambah kren pangkalan

spot_img

KUALA LUMPUR: Johor Port Berhad yang merupakan ahli MMC Group mengumumkan pembelian kren pangkalan kapal ke darat (STS) baharu dalam usaha meningkatkan perkhidmatan dan kecekapan terminal kontenanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port, Md. Derick Basir berkata, pembelian kren baharu itu adalah pelaburan jangka panjang bagi memastikan Johor Port kekal kompetitif sejajar dengan perubahan dalam pelabuhan itu sendiri dan industri logistik secara keseluruhan.

Dalam masa yang sama, pembelian itu juga penting bagi memenuhi pengembangan permintaan pelanggan syarikat tersebut.

- Advertisement -

“Kren pangkalan baharu ini akan menjadi tambahan kepada lapan kren pangkalan sedia ada beroperasi di pelabuhan kami.

“Dengan penambahan kren, kami akan dapat meningkatkan produktiviti operasi menerusi penghantaran tempoh masa lebih pantas kepada kapal di Terminal Kontena Johor Port,” katanya dalam kenyataan.

Dibina oleh Shanghai Zhenhua Heavy Industries Company Limited (ZPMC), China, kren STS baharu ini mempunyai kapasiti pengangkutan yang selamat sebanyak 40.6 tan dan mampu mengendalikan kontena melebihi 15 baris merangkumi kapal bersaiz Post-Panamax dengan jangkauan ketiggian hingga 10 dek.

- Advertisement -

Kren tersebut akan mula beroperasi sepenuhnya pada Disember ini.

Pembelian kren terbaharu itu adalah sebahagian daripada Program Menaiktaraf Infrastruktur dan Peningkatan Johor Port yang turut merangkumi penambahbaikan serta pengembangan laman kontena daripada 23 blok kepada 36 blok.

Ia juga menunjukkan komitmen jelas Johor Port dalam meningkatkan pengendalian kapasiti kontena bagi memastikan pertumbuhan masa hadapan sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabuhan serbaguna pintu masuk di selatan negara. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img