spot_img
spot_img

‘Okay’ dengan lantikan Azmin, Sanusi ucap tahniah

spot_img
ALOR SETAR: Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor dilihat bersetuju dengan pelantikan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN).
Menteri Besar Kedah itu bagaimanapun berkata, beliau dimaklumkan secara terperinci mengenai perkara berkenaan tetapi tidak membantah dan menganggap Mohamed Azmin sebagai calon sesuai bagi jawatan itu.
Beliau juga berkata, maklumat berhubung lantikan berkenaan merupakan berita baru buat beliau dan mengucapkan tahniah kepada bekas Timbalan Presiden PKR itu.
“Saya tak ada maklumat (berhubung lantikan Datuk Seri Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya) lagi, tapi okaylah kalau (gabungan parti yang membentuk) PN (Perikatan Nasional) lantik dia.
“Saya ucap tahniah (kepadanya), (berhubung) dia (Azmin) dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, ini berita baru buat saya, terima kasih (maklumkan),” katanya.
Sanusi berkata demikian ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pada Selasa.
Terdahulu, Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara untuk melantik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Ketua Penerangan PN sebagai Pengarah Pilihan Raya PN bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pada Isnin, dalam usaha mengukuhkan kedudukan PN sebagai parti politik yang menerajui kerajaan hari ini.
Dalam kenyataan itu juga, Ketua Pemuda Pas Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin turut dilantik mengetuai sayap Pemuda PN dalam merancakkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi supaya dapat merapatkan silaturahim antara ahli parti.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img