spot_img
spot_img

Bukan semua ada RM10,000 dalam akaun – KWSP

spot_img

PONTIAN: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diminta tidak memikirkan pengeluaran RM10,000 sebaliknya perlu melihat pelbagai inisiatif kepada mereka di dalam Belanjawan 2021.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, inisiatif-inisiatif itu cukup penting untuk membantu pencarum terkesan dengan Covid-19 dan ia telah dipertimbangkan dengan mengambil kira semua faktor termasuk data pencarum aktif.

“Jangan fikir sangat keluarkan RM10,000 daripada akuan satu tetapi tiga iniastif yang diperkenalkan kerajaan itu dan ia adalah sangat penting.

- Advertisement -

“Saya terperanjat apabila diberitahu ramai yang ada Akaun 1 KWSP tidak mencecah simpanan RM10,000. Malah kira-kira 71 peratus pencarum aktif cuma ada RM 47,000 dalam Akaun 1 mereka,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada masyarakat India Pontian sempena perayaan Deepavali, di sini hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 semalam, kerajaan mengumumkan tiga inisiatif kepada pencarum KWSP antaranya mereka dibenar mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan.

Selain itu, pengeluaran i-Lestari dalam Akaun 2 sejak April lalu sebanyak RM500 sebulan sehingga 12 bulan dan penurunan kadar caruman minimum KWSP pekerja daripada 11 kepada 9 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan.

- Advertisement -

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, para pencarum diminta menguruskan kewangan dengan baik dan hanya melakukan perbelanjaan perlu supaya tidak berhadapan masalah pada masa depan.

“UMNO juga menyambut baik penurunan kadar caruman pekerja mulai tahun hadapan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus bagi tempoh 12 bulan yang boleh digunakan bagi perbelanjaan keluarga,” tambahnya.

Belia berkata UMNO akan mendapatkan data lengkap berkaitan pencarum dan jumlah simpanan mereka dalam KWSP dalam sidang perbahasan Parlimen.

“Segala angka-angka ini kita akan dapatkan di Parlimen ketika bahas. Saya sudah diberitahu tetapi saya mahukan maklumat terperinci jumlah ramai rakyat yang ada akaun aktif dan jumlah dalam berapa jumlah di dalam Akuan 1,” katanya. – UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img