TERKINI
Bisnes BIZ

Koperasi beralih ke digital

November 6, 2020 9:17 am – Kamal Hafiz

KUANTAN: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terus me­ngorak langkah dalam bidang inovasi digital negara dengan menandatangani perjanjian usahasama strategik bersama Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Komakmur) untuk membangunkan sistem digital koperasi yang diberi nama E-Rahn.

Kerjasama strategik berkenaan bakal menghasilkan sistem tulang belakang SKM bagi memantapkan lagi peranan suruhanjaya terbabit selaku regulator dan pemantau sektor koperasi negara.

E-Rahn dilihat sebagai penyelesaian kepada perniagaan Ar-Rahnu bawah seliaan SKM yang kini berubah landskap kepada Ar-Rahnu Tawarruq sejajar arahan Bank Negara menerusi Majlis Penasihat Syariahnya seperti diumumkan penguatkuasaannya pada 1 Februari lalu.

Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh berkata, E-Rahn bakal memberi banyak faedah kepada koperasi-kope­rasi yang menjalankan perniagaan Ar-Rahnu melalui kemudahan Ar-Rahnu Tawarruq yang diuruskan secara berpusat oleh sistem teras berkenaan.

Jelasnya, sistem itu juga me­rupakan usaha bagi menyahut seruan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendigitalkan pengoperasian dengan norma baharu yang dipraktikkan kesan penularan wabak Covid-19.

“E-Rahn mempunyai lebih 10 modul selain Ar-Rahnu Tawarruq yang memberi impak tinggi kepada rakyat antaranya pembiayaan perumahan tawarruq, pembiayaan peribadi tawarruq, pembiayaan kende­raan tawarruq, simpanan emas dan perak serta sistem perniagaan tukar barang menggunakan emas dan perak yang akan dibangunkan secara berperingkat.

“Kos pembangunan dan pengoperasi sistem E-Rahn akan dibiayai sepenuhnya oleh Komakmur dan sistem ini dijangka akan memulakan opera­sinya pada awal tahun depan,” katanya pada majlis perasmian Kursus E-Rahn di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengarah SKM Pahang, Norazlan Anuar dan Pengerusi Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Komakmur), Hishamuddin Abdullah.

Seramai 60 peserta terdiri daripada ahli-ahli koperasi dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan menyertai kursus itu.

Nordin berkata, sistem E-Rahn patuh syariah bernilai RM5 bilion itu milik sepenuhnya SKM dengan kerjasama rakan niaganya, Bursa Suq Al Sila iaitu anak syarikat Bursa Malaysia sebagai penyedia platform jual beli komoditi dan Erahn Sdn. Bhd.

“Insya-Allah E-Rahn akan menjadi peneraju sistem kewa­ngan Islam terkemuka di rantau ini dan bakal menjadi pemamgkin kepada aktiviti ekonomi negara melalui gerakan koperasi,” katannya.  – UTUSAN

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid