spot_img
spot_img

Tiada sebab saya berdebat dengan Najib – Tun Dr Mahathir

spot_img
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk berdebat secara umum.
Menurut Dr Mahathir dalam ciapan terbaharu di Twitternya, tiada sebab untuk beliau berdebat dengan Najib setelah tuduhan yang dihadapinya di mahkamah telah terbukti benar.
“Tiada sebab untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak sekarang setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah,” jelas Dr Mahathir.
Pada 28 Julai lalu, Ahli Parlimen Pekan itu didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa melibatkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Pada Selasa, Datuk Seri Mohd Najib ketika menjawab komen di laman Facebook memaklumkan bahawa dia bersedia untuk berdebat dengan Ahli Parlimen Langkawi itu.
“Tiada masalah, ketika saya menjadi Perdana Menteri, dia (Dr Mahathir) mahu berdebat dengan saya tetapi saya tidak mahu.
“Ketika dia (Dr Mahathir) menjadi Perdana Menteri ketujuh, saya ajak dia berdebat tapi dia tidak mahu. Sekarang saya dan dia bukan lagi Perdana Menteri, jadi kita boleh berdebat kalau dia mahu. Pada bila-bila masa!” jelas Najib.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img