Pilihan Rakyat, Keutamaan Kami!
Kategori Mencegah Pencemaran Alam Sekitar telah menerima bilangan undian yang tertinggi daripada rakyat di dalam pengundian isu-isu berkaitan Belanjawan 2021, yang telah dijalankan antara 28 September dan 1 November 2020. Terima kasih kepada semua yang menyertai.
Susulan maklumbalas yang diterima, Kementerian Kewangan akan membuka kesemua kategori agar orang ramai boleh mengundi mulai sekarang sehingga 1 November 2020. Kategori undian merangkumi tema berikut:
- Menjayakan Kehidupan Lestari
- Meraikan Yang Memerlukan
- Menangani Isu Sosial
- Membudaya Masyarakat Penyayang
- Mengutama Aktiviti NGO dan Komuniti ke Arah Kehidupan Berkualiti
Pengundian ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Kewangan untuk mendalami dan memahami pandangan rakyat terhadap isu-isu kepentingan awam. Hasil undian akan digunakan sebagai panduan dalam formulasi dan peruntukan dana bagi Belanjawan 2021 yang berteraskan rakyat.
Sumber : http://belanjawan2021.treasury.gov.my