spot_img
spot_img

UMNO patut buang Najib kerana sokong Anwar – Penganalisis

spot_img
KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin UMNO seharusnya mengadakan mesyuarat tergempar untuk berbincang hukuman kepada Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat parti itu pada Isnin.
Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, cadangan itu sekali gus membayangkan Pengerusi Penasihat Barisan Nasional (BN) itu sebelum ini mungkin menghantar surat menyokong Presiden PKR kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Kalau begini sikap pemimpin UMNO, saya ramalkan parti ini tidak akan lagi menjadi dominan pada masa hadapan. Kita lihat netizen juga sudah mula menghentam Najib di laman Facebooknya selepas cadangannya dalam isu Anwar semalam.
“Jika berterusan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggantikan UMNO dan parti Melayu itu akan menjadi serpihan sahaja dalam landskap politik negara.
“Kalau Datuk Lokman Noor Adam satu masa dahulu dibuang dari jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, hari ini kenapa Najib boleh dilepaskan?” soalnya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.
Namun, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, rundingan itu termasuk dengan semua parti politik kecuali DAP, dan laporan yang beliau ‘mendesak’ BN untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri adalah kurang tepat.
Dalam pada itu kata Dr Ahmad Atory, parti itu juga perlu mempraktikkan saranan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu tindakan disiplin diambil kepada mana-mana ahli UMNO yang mendahulukan kepentingan parti politik lain.
Ia termasuk tindakan dibuang parti dan boleh diambil sekiranya benar ada pimpinan utama parti yang mengambil pendekatan sedemikian.
Terdahulu, Anwar menzahirkan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana ahli politik bagi sebuah sistem yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai.
Anwar juga berkata, parti tersebut akan terus memperjuangkan agenda reformasi berpaksikan prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat negara ini.
Sumber-Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img