spot_img
spot_img

‘Tolong dengar pula masalah kami MFL, FAM’

spot_img

Kuala Lumpur: Selepas sering mengalah dalam apa jua keputusan yang dibuat oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini, pasukan Kuala Lumpur akhirnya ‘melepaskan geram’ apabila mahu pengelola liga tempatan itu turut mendengar permintaan skuad Warga Kota.

Dua isu sebelum ini iaitu penundaan aksi terakhir Liga Perdana membabitkan Kuala Lumpur dan Kuching FA dan larangan berlatih ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang, nyata menambah tekanan kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) terutamanya bebanan kewangan.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya kempen Piala Malaysia tetap diteruskan dengan MFL membantu mencari venue di luar Lembah Klang buat pasukan Kuala Lumpur.

- Advertisement -

Namun, Nokman mahu MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil menghulur sedikit bantuan untuk meringankan beban kewangan dengan menampung perbelanjaan pasukan yang perlu bermain di luar Lembah Klang.

“Kita tak ada masalah kalau MFL nak teruskan Piala Malaysia kerana kita sudah ada dana untuk mengharungi saingan itu.

“Tetapi masalahnya apabila kami tak boleh bermain di tempat sendiri dan bermain di luar, di mana kos perbelanjaan pasukan dah tentu meningkat.

- Advertisement -

“Siapa yang nak tanggung kos lebihan itu?. Saya harap FAM dan MFL boleh dengar pula masalah kami ini sebab kami dah selalu mengalah. Kalau nak ikutkan, kes (Covid-19) di Kuala Lumpur ini kecil saja.

“Yang banyaknya Selangor tapi disebabkan kami di tengah-tengah, kami terkesan sampai tak boleh berlatih dan terpaksa berlatih di luar dari Lembah Klang,” katanya kepada Arena Metro.

Menerusi laporan akhbar ini semalam, kempen Piala Malaysia dan baki aksi Liga Super serta Liga Perdana tetap akan dilangsungkan seperti mana yang dirancang oleh MFL meskipun PKPB dilanjutkan sehingga 9 November ini di Lembah Klang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, PKPB yang sepatutnya berakhir semalam, tidak akan menganggu perancangan MFL yang meletakkan 6 November ini sebagai tarikh permulaan saingan Piala Malaysia.

Malah, satu aksi Liga Super membabitkan Sabah dan UiTM FC serta perlawanan Liga Perdana antara Kuala Lumpur dan Kuching City pada 31 Oktober ini tetap akan dilangsungkan pada tarikh itu.

Malah, masalah yang mungkin timbul ekoran lanjutan PKPB ini membabitkan empat pasukan di Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling Jaya City (PJ City) dan UiTM FC akan diuruskan MFL yang akan mencari venue sesuai buat pasukan terbabit.

Sementara itu, pengurus Selangor Mahfizul Rusydin Abdul Rashid turut senada dengan Nokman dan memahami keadaan semasa yang melanda negara sekali gus menyebabkan MFL terpaksa membuat keputusan berkenaan.

“Kita juga akur dengan keputusan yang dibuat MFL untuk tidak membenarkan perlawanan dilangsungkan dalam Lembah Klang. Keputusan di mana venue terbaik untuk pasukan adalah bergantung kepada MFL dan berharap akan berlaku adil.

“Tentang isu kewangan bukan hanya terkesan kepada Selangor tetapi juga kepada pasukan lain contohnya Sabah yang jauh. Kalau MFL boleh bantu bagus juga untuk kita,” kata Mahfizul.

-Metro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img