TERKINI
BERITA Politik

PN sambut baik solidariti, tekad perangi COVID-19

October 28, 2020 10:09 am – zul
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menyambut baik semangat solidariti parti-parti komponen Ahli-ahli Parlimen yang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendukung kerajaan PN.
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PN tekad untuk terus bekerja kuat bersama-sama rakyat dan barisan hadapan negara bagi memerangi pandemik COVID-19.
“Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tuntas memberikan kepimpinan dan berganding bahu bersama-sama pakar kesihatan dan ekonomi serta pasukan keselamatan untuk mencerakinkan (memperhalusi) pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani wabak ini secara holistik.
“Perikatan Nasional menyambut baik semangat solidariti parti-parti komponen; Pas, STAR dan SAPP serta Ahli-Ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC, PBRS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendukung kerajaan Perikatan Nasional.
“Perikatan Nasional menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik merentasi segenap batas perbezaan untuk segera mendakap kesatuan bersama rakyat demi memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Azmin, PN turut menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengiktiraf kejayaan kerajaan Persekutuan menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan.
PN juga, kata beliau, menjunjung kasih atas keyakinan Yang di-Pertuan Agong terhadap pelaksanaan kebijakan dan tindakan penguatkuasaan oleh Kerajaan Persekutuan demi melindungi kesihatan rakyat, memelihara kebajikan dan menjamin keselamatan rakyat serta mencerdaskan ekonomi negara.

comments

Malaysia Politik



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid