spot_img
spot_img

Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong

spot_img
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan mengisytiharkan darurat di negara ini.
Menerusi ciapan di Twitter, Annuar yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.
“Teruskan tugas seperti mana di titah. Menjunjung kaseh (kasih) atas keyakinan yang begitu tinggi Seri Paduka Baginda Tuanku atas keupayaan yg telah di buktikan Kerajaan memerangi COVID-19.
“Usaha perlu di pertingkatkan lagi walau mungkin terus di ganggu dan politik terus tidak stabil…terus ke hadapan,” katanya.
Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan, memaklumkan Al-Sultan Abdullah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara buat masa ini.
Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah berasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.
Baginda sebaliknya mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img