TERKINI
BERITA PANAS Politik

Pemimpin politik perlu realisasi hasrat Agong, jangan retorik – MAPIM

October 26, 2020 2:29 pm – zul
KINI tiba masanya untuk semua pemimpin politik terutama Ahli-ahli Parlimen tanpa mengira latar parti untuk menterjemahkan hasrat dizahirkan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery menegaskan, rakyat kini menilai setiap tindak-tanduk ahli-ahli politik.
Ujarnya, ia sekali gus memberi cerminan terhadap pemikiran dan kebijaksanaan ahli politik dalam menjaga kepentingan rakyat.
“Sudah sampai masanya untuk kita cakap ini adalah hutang pihak pemimpin kepada rakyat kerana sekian masa kita melihat semua ini seolah-seolah menghampiri kepada retorik.
“Nampak cantik, tapi apa yang berlaku ini tidak boleh duduk sekali. Jadi hutang ini perlu dilunaskan dengan cara yang paling asas – semua pihak duduk satu meja dan berbincang.
“Malaysia ini, kita bergaduh macam mana pun, tapi akhirnya kita boleh duduk berbincang,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.
Malah, beliau berpandangan supaya tindakan susulan titah yang dibuat Al-Sultan Abdullah perlu dilakukan segera.
“Jangan sampai satu ketika, semua yang dititahkan Yang Di-Pertuan Agong, rakyat melihat dan mempersoal di mana pelaksanaannya?
“Selepas lima minit, ciapan telah keluar, menghentam sana sini, dan rakyat melihat perkara ini.
“Jadi saya kira, kebijaksanaan itu perlu diapit dengan kematangan, diapit dengan adab seorang pemimpin untuk menyantuni rakyat,” ujarnya.
Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid