spot_img
spot_img

Ketepi politik, bersatu perangi COVID-19 – DAP

spot_img
KUALA LUMPUR: Keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk tidak memperkenan permohonan pelaksanaan darurat memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Dalam reaksi susulan kenyataan Istana Negara itu, Guan Eng berkata, ia menzahirkan keprihatinan Tuanku terhadap kegelisahan rakyat sejak kebelakangan ini.
“Keputusan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk tidak memperkenankan permohonan perlaksanaan darurat oleh Perdana Menteri kerana tiada keperluan buat masa ini adalah keputusan yang tepat dan disambut dengan rasa syukur oleh semua rakyat Malaysia. Suara rakyat biasa telah didengari.
“Seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong, marilah kita seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik, mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu dan bersatu hati melawan wabak COVID-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini,” katanya lagi.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat menzahirkan penghargaan kepada baginda kerana sentiasa memikirkan perkara yang terbaik untuk kesejahteraan negara.
Dalam ciapan di Twitter Kulasegaran berkata, tiba masanya untuk semua pihak mengetepikan perbezaan politik dan bekerja bersama-sama untuk membendung penularan COVID-19 di negara ini.
Sumber-Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img