spot_img
spot_img

PM tiba di Istana Abdul Aziz untuk menghadap Agong

spot_img

KUANTAN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota, di sini sekitar pukul 4.40 petang Jumaat.

Terdahulu, sekitar pukul 4.30 petang, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dilaporkan memasuki pekarangan istana sama selepas menziarahi makam ayahanda baginda di Pekan.

Bagaimanapun, pengamal media hanya dibenarkan berada sekitar 100 meter dari pintu istana bagi membuat liputan.

- Advertisement -

Ketika ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan untuk melaksanakan darurat.

beberapa sumber yang tidak dinamakan memberitahu, Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya hari ini adalah untuk membincangkan beberapa cadangan berkaitan pembentangan Belanjawan 2021 yang dijadualkan bulan depan, ketika negara sedang ‘berperang’ dengan gelombang ketiga COVID-19.

Salah satu pilihan ketika ini adalah darurat ekonomi, yang boleh menggagalkan kemungkinan pilihan raya, sekali gus memberikan lebih banyak masa kepada kerajaan untuk mengendalikan pandemik COVID-19 tanpa terganggu oleh krisis politik.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img