spot_img
spot_img

Kemarahan, ketegangan dalam mesyuarat 4 jam Umno paksa Zahid buat ‘pusingan U’

spot_img

KUALA LUMPUR  – “Pusingan U” dilakukan Ahmad Zahid Hamidi hari ini disebabkan tentangan hebat daripada pemimpin Umno yang berkumpul di ibu pejabat parti itu bagi membincangkan surat yang dihantar kepada Agong bagi menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim, kata sumber kepada MalaysiaNow.

Gesaan presiden Umno itu untuk “gencatan politik” juga dilihat sebagai persediaan kepada cadangan untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun hadapan.

Bekas timbalan perdana menteri yang berdepan dengan pelbagai pendakwaan rasuah, mendakwa “sejumlah ahli Parlimen Umno” akan menyokong Anwar untuk menggulingkan Muhyiddin Yassin, tetapi tidak memberikan perincian.

- Advertisement -

Pendedahan itu ternyata mengejutkan kepimpinan tertinggi Umno, dengan beberapa pemimpin termasuk menteri dari Umno menjarakkan diri daripada Zahid.

“Kerjasama semua parti dalam kerajaan PN harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi,” kata Zahid dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat Majlis Kerja Tinggi Umno bagaimanapun ditangguhkan sebanyak dua kali selepas perintah kawalan pergerakan bersyarat dilaksanakan di beberapa negeri, menyukarkan pemimpin parti untuk ke Kuala Lumpur.

- Advertisement -

 

“Zahid harap kenyataannya menggesa Umno untuk memfokuskan kepada melawan Covid-19 akan menenangkan pengerusi perhubungan Umno negeri,” kata sumber sama.

Awal hari ini, MalaysiaNow melaporkan Zahid mungkin antara beberapa ahli Parlimen Umno yang berdepan tuduhan rasuah merancang untuk menggagalkan belanjawan yang bakal dibentang Muhyiddin.

Satu lagi sumber memberitahu MalaysiaNow, Zahid juga dikatakan bakal mencadangkan untuk menangguhkan pemilihan Umno yang sepatutnya dijadualkan tahun depan kepada satu tarikh lain.

Pada pemilihan Umno pada 2018, Zahid menewaskan bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pemilihan yang berlaku selepas Najib hilang kuasa itu juga amat bersejarah kerana sejak 1988 jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak pernah dipertandingkan.

Sumber-MALAYSIA NOW

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img