spot_img
spot_img

Gencatan politik: “Tolong kasihan kami, jangan bergaduh” – Rakyat merayu!

spot_img
KUALA LUMPUR: Di sebalik kepayahan rakyat berdepan ancaman COVID-19 dan cabaran ekonomi, gencatan politik yang dilakukan oleh UMNO disifatkan bakal memberi satu perubahan kepada landskap politik negara.
Bagi rakyat, besar harapan mereka agar krisis politik yang melanda negara ketika ini dapat diselesaikan segera, sekali gus memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat.
Tinjauan Astro AWANI mendapati rata-rata rakyat menzahirkan rasa gembira terhadap tindakan positif yang diambil oleh parti terbesar Melayu itu.
Menurut peniaga, Muhamad Akram Mohd Sulasi, 27 tahun, perdamaian dalam kalangan ahli politik telah mengurangkan sedikit keluh-kesah rakyat.
“Bagi saya kalau itu yang mereka katakan (gencatan politik) lebih baguslah. Kalau boleh jangan ada pertelingkahan dari segi politik.
“Politik boleh membuatkan rakyat bimbang kerana itu melibatkan ekonomi. Jadi, harap dalam hal ini, fokus kepada ekonomi dan rakyat paling penting khususnya dalam situasi pandemik COVID-19,” katanya kepada Astro AWANI, pada Khamis.
Selain itu, mereka yang ditemui turut berharap agar ahli politik lebih bertanggungjawab dan memastikan penderitaan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dapat diselesaikan.
Bagi, Siti Aznura Shahrin, 32 tahun, rakyat sudah bosan dengan sikap ahli politik yang sentiasa bercakaran dan bertelingkah merebut kuasa.
“Gembira dengan perubahan ini, harap kemelut dapat dikurangkan.
“Semoga menteri dan ahli politik semua dapat fokus kepada rakyat ketika COVID-19, dan dapat menyalurkan bantuan kepada rakyat yang dalam kesusahan. Jadi, jangan bergaduh, gila kuasa dan sebagainya. Fokus kepada rakyat yang susah,” katanya.
Mohd Zulkarnain Roslee, 25 tahun, menambah: “Kepada menteri-menteri dan ahli politik, tolong kasihan kepada rakyat dan jangan bergaduh sesama sendiri. Semasa musim (COVID-19), kami memerlukan bantuan anda, dan tolong jangan berebut kuasa.”
Sementara peniaga, Unni Neelagandan, 59 tahun, pula, berpandangan parti politik di negara ini tanpa mengira haluan perlu bersatu padu memulihkan ekonomi negara.
“Saya harap politik di negara kita bertenang dan berdamai. Jika semua sudah berdamai, saya amat sukacita tetapi sekarang ekonomi negara sedang merosot dan dilanda COVID-19.
“Jadi, negara kita sekarang ini kena bersatu untuk melawan COVID-19 dan ekonomi kita terutamanya peniaga-peniaga kecil yang sedang bergelut.
“Saya harap politik negara kita berdamai dan semua ketua (politik) serta pemimpin melihat rakyat di bawah,” ujarnya.
Sejak beberapa bulan lalu, arena politik negara berada dalam ketidaktentuan sehingga mengundang rasa bimbang rakyat.
Malah, ia juga memberi impak kepada ekonomi ketika negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19 yang semakin meruncing.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img