TERKINI
BERITA PANAS Politik

Maszlee perlu kaji, fahami peraturan sidang Dewan Rakyat – Takiyuddin

October 21, 2020 10:52 am – zul
ALOR SETAR: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik diminta untuk terlebih dahulu memahami dan mengkaji peraturan sidang Dewan Rakyat sebelum membuat sebarang tindakan.
Tindakan itu termasuk cadangan bekas Menteri Pendidikan itu untuk mengemukakan usul menangguhkan sementara urusan kerajaan bagi memberi laluan kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang dewan akan datang.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan, berdasarkan apa yang dinyatakan dalam peraturan Dewan, urusan kerajaan terlebih dahulu perlu menjadi keutamaan.
“Saya minta dia (Maszlee) baca peraturan betul-betul, saya rasa tak betul, apa yang dia kata dia nak buat tu tak betul, peraturan tu memang jelas, urusan kerajaan perlu diutamakan,
“Dalam undang-undang ada dua perkara, satu “general provision“, satu lagi “specific provision“… “general provision” tak boleh mengatasi “specific provision“… “specific provision” antaranya ialah urusan kerajaan perlu diutamakan, nak menggantung “standing order” tu adalah “general provision“, jadi eloknya dia kaji lah, (tetapi) tidak mengapa, dia bebas nak bawa (apa-apa usul) dalam Parlimen,” kata beliau.
Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri perjumpaan bersama Ketua Jabatan Agensi Persekutuan Negeri Kedah di Wisma Persekutuan Anak Bukit, di sini pada Selasa.
Pada Isnin, Dr Maszlee mendakwa, terdapat cara lain usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri boleh diberi laluan untuk diputuskan dengan lebih cepat di Dewan Rakyat.
Jelasnya, cara itu adalah dengan mengemukakan usul di bawah Peraturan 90 (2) meminta agar Dewan Rakyat menangguhkan urusan kerajaan dan memberi laluan kepada usul berkenaan dibaca dan diputuskan terlebih dahulu.
Dakwa beliau lagi, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, sebelum ini telah terkhilaf apabila menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk usul itu didahulukan adalah melalui rundingan dengan pihak kerajaan.
Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid