TERKINI
BERITA PANAS Pendapat Politik

‘Rakyat muak dengan sikap ahli politik’ – Abqaree gesa tumpu perangi COVID-19

October 19, 2020 2:16 pm – zul
KUALA LUMPUR: Senario politik negara yang tidak menentu meskipun ketika negara masih diancam COVID-19 membuatkan rakyat muak dengan sikap ahli politik di Malaysia.
Mereka sewajarnya mengutamakan rakyat dan bukannya sibuk menukar kerajaan ketika kes positif COVID-19 berterusan merekodkan tiga angka kes saban hari.
Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan berkata tumpuan rakyat kini lebih terarah kepada pandemik bukannya politik negara yang bermacam-macam kisahnya.
“Jika kaitkan keadaan rakyat ketika ini dengan situasi politik, ya saya sangat setuju rakyat sangat-sangat muak dengan politik negara yang tidak menentu.
“Sepatutnya keutamaan ahli politik ketika ini bukanlah untuk menukar kerajaan, tetapi sepatutnya mereka memikirkan bagaimana untuk mengurus tekanan dihadapi rakyat ke arah sifar COVID-19,” kata Abqaree.
Justeru, dia berharap semua ahli politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang berhenti berpolitik dan memberi tumpuan penuh melawan COVID-19.
“Anak muda ketika ini melihat sesuatu yang tidak sihat dipertontonkan dari sudut pandangan politik negara.
“Ini kerana sepatutnya ahli politik yang kita pilih, yang telah mendapat mandat rakyat, sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat,” kata Abqaree lagi.
Tegasnya, masalah dihadapi negara ketika ini benar-benar serius dan kerajaan perlu menanganinya dengan bijak.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid