spot_img
spot_img

Larangan bersifat sementara

spot_img

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan memahami keresahan pemain industri sukan yang terkesan akibat arahan terkini pihak kerajaan ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) khususnya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan berkata, larangan aktiviti sukan dalam dewan itu hanyalah bersifat sementara.

“Bagaimanapun, pihak kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak membabitkan kontak fizikal boleh dijalankan secara individu dan di tempat terbuka terhad kepada maksimum 10 orang pada satu-satu masa.

- Advertisement -

“Langkah-langkah larangan aktiviti sukan kontak dan sukan berpasukan seperti bola sepak, futsal dan lain-lain sukan yang dimainkan di dalam dewan tertutup di kawasan PKPB perlu dilaksanakan atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Jelas Reezal Merican, semua langkah itu adalah atas dasar kesihatan dan kepentingan awam buat sementara waktu untuk bersama-sama membantu negara memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.

“InsyaAllah, selaku Menteri Belia dan Sukan, saya memberi jaminan bahawa kementerian komited dalam usaha membantu industri sukan dengan kerjasama dan panduan MKN dan KKM agar aktiviti sukan dan rekreasi dapat dibuka semula seperti mana di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebaik sahaja berakhirnya tempoh PKPB,” katanya.

- Advertisement -

-Saiful Affendy Safran Metro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img