spot_img
spot_img

Isu Anwar: COVID-19 lebih penting dari isu peralihan kerajaan – MIC

spot_img
KUALA LUMPUR: Isu penularan COVID-19 lebih penting berbanding pergolakan ahli politik yang mahukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan.
Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran berkata fokus perlu diberi dalam memperkukuhkan ekonomi dan meredakan kegusaran rakyat akibat pandemik COVID-19.
“Saya rasa terlalu awal dan tidak matang untuk kami bincangkan perkara mengenai pertukaran kerajaan dan sebagainya sekarang.
“Saya percaya kami mempunyai agenda yang lebih penting iaitu (menentang) COVID-19.
“Kami harus mengembalikan kegemilangan kami dan memperkasakan ekonomi kami kerana rakyat sedang merana,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Tambahnya lagi, parti MIC akan mengikut keputusan Barisan Nasional (BN) sama ada memberikan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional (PN).
“Semalam BN membuat keputusan untuk mengkaji hubungan dengan PN.
“Saya percaya dan yakin pemimpin-pemimpin MIC akan membuat keputusan yang baik dan mengikut situasi serta untuk kebaikan rakyat.
“Kepimpinan MIC akan berjumpa dengan BN dan akan mengikut keputusan BN. Itu pendirian kami dari dulu,” ujarnya.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata UMNO memberi syarat baharu kepada kerajaan PN jika mahu meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Anwar hanya mengemukakan jumlah ahli Parlimen dan tiada sebarang nama bagi mengukuhkan dakwaan beliau sebelum ini.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img