spot_img
spot_img

Ronaldo bersantai selepas positif

spot_img

Lisbon: Bintang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo dikatakan “sihat dan berjemur” selepas diuji positif Covid-19 yang menyaksikan dia terlepas perlawanan Liga Negara-Negara bersama Portugal minggu ini.

Ronaldo tidak menunjukkan simptom dan tidak akan disenaraikan untuk pertemuan dengan Sweden awal pagi esok, menurut Persekutuan Bolasepak Portugal di laman sesawang mereka.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu beraksi ketika Portugal seri tanpa jaringan bertemu Perancis di Paris Ahad lalu.

- Advertisement -

Bagaimanapun menurut persekutuan berkenaan, selain Ronaldo, skuad Portugal semuanya negatif, begitu juga dengan skuad Perancis mengikut Persatuan Bolasepak Perancis.

“Kami mengikuti semua langkah pencegahan… tetapi ia masih terjadi. Kami melakukan ujian setiap hari,” kata pengendali Portugal Fernando Santos.

Pertahanan Juventus Giorgio Chiellini berkata dia ada menghubungi Ronaldo.

- Advertisement -

“Dia baik-baik saja dan sedang berjemur, dia akan kembali apabila bersedia,” kata Chiellini.

Penyerang berusia 35 tahun itu sudah menjaringkan 101 gol buat Portugal dan ketiadaannya meninggalkan kesan besar dalam pasukan ketika mereka mahu mengekalkan kedudukan di tempat teratas kumpulan.

-Metro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img