TERKINI
KEWANGAN TEKNOLOGI

Negara maju tolak matawang digital Facebook

October 14, 2020 5:04 pm –

BRUSSELS: Pemimpin kewangan tujuh ekonomi terbesar di dunia akan menentang pelancaran Libra ‘stablecoin’ Facebook sehingga ia diatur dengan betul seperti mana dinyatakan melalui draf Kumpulan Tujuh (G7).

Draf tersebut yang disiap­kan bagi pertemuan menteri kewangan dan bank pusat Amerika Syarikat (AS), Kanada, Jepun, Jerman, Perancis, Itali dan Britain, adalah berhubung pembayaran digital dapat meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan, mengurangi ketidakefisienan dan pembiayaan.

Bagaimanapun, menurut laporan Reuters, perkhidmatan pembayaran seperti itu harus diawasi dan diatur dengan tepat supaya tidak merosakkan kestabilan kewangan, perlindungan pengguna, privasi, percukaian atau keamanan siber.

Tanpa pengawasan yang tepat, ‘stablecoin’ seperti itu dapat digunakan untuk `pencucian’ wang, pembiayaan pengganas, menjejaskan integriti pasaran, kerajaan dan menjejaskan pentadbiran undang-undang.

Berdasarkan draf itu, G7 menyatakan tidak ada projek `stablecoin’ global yang boleh beroperasi jika tidak memenuhi syarat perundangan, peraturan, dan pengawasan yang relevan serta tepat melalui reka bentuk yang bersesuaian dan mematuhi standard.

‘Stablecoins’ terikat dengan mata wang tradisional atau sekumpulan aset dan digunakan untuk pembayaran atau me­nyimpan nilai.

Lembaga Kestabilan Kewangan (FSB) G20 menetapkan 10 cadangan pada April bagi pendekatan umum dan antarabangsa untuk mengatur ‘stablecoin’, yang didorong oleh syarikat gergasi media sosial Facebook yang mengusulkan Libra ‘stablecoin’ mereka.

Draf G7 menyatakan, sebilangan pihak berkuasa G7 sedang mencari peluang dan risiko yang berkaitan dengan Bank Pusat Mata Wang Digital (CBDC).

Bank Pusat Eropah (ECB) bulan ini menyatakan pihaknya bersedia mengeluarkan euro digital untuk melengkapkan wang kertas.

Presiden ECB, Christine Lagarde berkata, ECB sangat serius dalam penciptaan euro digital.

ECB juga telah melancarkan rundingan mengenai pound sterling digital, namun hanya Bank Jepun dan Rizab Persekutuan AS menyokongnya.

Draf G7 juga menyatakan keprihatinan mengenai ancaman serangan ransomware yang semakin meningkat ketika pandemik Covid-19 bagi mengalihkan aktiviti ekonomi secara dalam talian.

“Serangan ini sering melibatkan pembayaran dalam aset kripto, membahayakan fungsi keselamatan dan kesejahteraan secara kolektif. Kami bertekad memerangi ancaman ini secara kolektif dan juga secara individu,” katanya. – AGENSI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid