spot_img
spot_img

MOM sedia ringan beban atlet, penyewa

spot_img

Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengkaji jalan terbaik untuk terus membantu ahlinya, atlet dan penyewa di Wisma MOM berikutan wabak Covid-19 yang sekarang ini kembali meningkat. Menurut Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib, antara bantuan yang akan dipertimbangkan termasuk dari segi kewangan. “Bantuan kewangan ini akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Amanah MOM dan berkemungkinan bakal melakukan penyusunan semula pembayaran sewa buat penyewa di sini,” katanya dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM hari ini.

Ujar Nazifuddin, Lembaga Eksekutif juga sudah mengambil maklum mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya susulan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

“MOM menggesa semua persatuan sukan, atlet dan pegawai mematuhi arahan yang dikeluarkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan mengikut segala prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

- Advertisement -

Kerajaan kelmarin mengumumkan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula esok hingga 27 Oktober.

-Metro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img