spot_img
spot_img

‘Ku Li menghadap Agong di luar pengetahuan saya’ – Zahid Hamidi

spot_img
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mengetahui hasrat ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa.
Menurutnya, pertemuan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu yang turut dikenali dengan nama Ku Li, hanya diketahuinya melalui laporan media tempatan.
“Beliau tidak memaklumkan saya mengenai perkara itu, macam mana saya nak tahu? Saya hanya tahu mengenainya daripada media,” katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, Tengku Razaleigh dilihat meninggalkan Istana Negara kira-kira jam 2.43 petang tadi menaiki sebuah kenderaan berwarna gelap selepas menghadap Al-Sultan Abdullah dipercayai berhubung situasi politik terkini.
Bagaimanapun, sehingga kini belum dapat dipastikan inti pati pertemuannya bersama baginda.
Dalam pada itu, satu mesyuarat Biro Politik UMNO turut akan diadakan pada malam ini.
Bagaimanapun, difahamkan mesyuarat berkenaan telah dijadualkan lebih awal dan bukan disebabkan tindakan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Al-Sultan Abdullah pada Selasa.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img