spot_img
spot_img

Jangan terkejut jika UMNO beri sokongan kepada Anwar – Tajuddin

spot_img
KUALA LUMPUR: UMNO sedia memberi kerjasama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika Presiden PKR itu mempunyai formula yang boleh membahagiakan semua pihak di dalam parti itu sendiri.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, sokongan itu juga tidak mustahil diperolehi daripada parti-parti lain seandainya mereka berpendapat Ketua Pembangkang itu boleh memberi apa yang dimahukan.
Katanya, UMNO sendiri sudah tidak berpuas hati sejak Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan di mana mereka tidak memperoleh peluang berkhidmat kepada rakyat seperti yang diharapkan.
Ujarnya, ia sekali gus membantutkan kekuatan UMNO untuk kembali sebagai sebuah parti yang boleh memperjuangkan nasib rakyat terutamanya kaum Melayu.
“Kalau UMNO merasakan (peluang) dia dikurangkan, pihak kerajaan PN kena melihat perkara ini supaya dapat diatasi. Kalau tidak nanti masalah perhubungan ini akan menjadi lebih rumit dan orang lain akan mengambil kesempatan untuk membawa satu cadangan lain
“Umpamanya, sekarang mungkin Anwar ada formula yang boleh membahagiakan pihak yang sanggup bekerjasama dengannya, (kalau sekiranya) pihak lain, UMNO, GPS (Gabungan Parti Sabah) atau Warisan.
“Kalau parti-parti ini merasakan Anwar boleh memberi apa yang dia mahu, mungkin mereka akan tertarik untuk memberikan sokongan kepada Anwar, jangan terkejut kalau itu berlaku,” katanya semasa dihubungi di sini, pada Rabu
Pada Selasa, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu sedang membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.
Tegasnya, parti itu turut memberi syarat baharu kepada kerajaan PN jika mahu meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.
Dalam pada itu jelas Tajuddin, kerjasama PN dilihat tidak boleh berkekalan sekali gus gagal bertahan untuk jangka masa panjang.
Oleh itu ujarnya, Kerajaan PN perlu mengutamakan faktor kesaksamaan selain kekuatan sama rata kepada semua parti gabungan itu sendiri dalam pentadbiran negara.
Katanya, ia sekali gus langkah mengelakkan usaha mana-mana pihak untuk melemahkan parti lain dan membina kekuatan sendiri di dalam PN.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img