spot_img
spot_img

Fizikal Safawi tepati ‘piawaian’ Eropah

spot_img

Kuala Lumpur: Susuk tubuh fizikal dimiliki bintang bola sepak negara, Safawi Rasid nyata menepati ‘standard’ bola sepak antarabangsa lebih-lebih lagi apabila beraksi di pentas utama liga Eropah.

Kemantapan otot paha, betis dan badan Safawi disifatkan cukup sempurna untuk seorang atlet berprestasi tinggi yang amat menekankan aspek kestabilan dan kepantasan menukar arah khususnya beraksi sebagai penyerang ataupun pemain sayap.

Menurut pakar dalam bidang sains sukan iaitu pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, pembentukan fizikal pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu setanding dengan pemain hebat dunia yang lain seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

- Advertisement -

Katanya, latihan bersistematik dengan menitik beratkan sains sukan selama empat musim Safawi di Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menyediakan pemain yang lengkap mengikut ‘piawaian’ Eropah.

“Kalau kita lihat perbandingan dengan pemain Eropah, pembinaan otot Safawi memang menarik dan setanding dengan apa yang sudah dibangunkan selama empat tahun di JDT.”

Maksudnya dari aspek pembinaan fizikal, dari segi aspek kecergasan berasaskan kemahiran beberapa aspek lagi, kematangan ototnya berjaya melengkapi diri Safawi.

- Advertisement -

“Sebab itu mungkin kita pun jarang nampak Safawi hadapi kecederaan otot yang besar menyebabkan dia duduk lama, dua ke tiga bulan. Maka di sinilah hasil pembentukan itu berjaya membabitkan ototnya yang padat dan pejal.

“Saya boleh katakan, struktur tubuh dan pembinaan otot Safawi seimbang dengan keperluan sebagai pemain bola sepak profesional,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Jelas Sadek lagi, tahap kecergasan tinggi dari aspek kardiovaskular yang mampu memulihkan pemain berkaki kiri itu segera cergas kembali selepas beraksi.

“Ada setengah orang, aspek kardiovaskular rendah yang menyebabkan seseorang itu memerlukan masa lebih lama unutk kembali cergas.

“Tetapi tidak kepada Safawi dan itu kelebihannya. Elemen ini nampak kecil tapi dalam sukan berprestasi tinggi ia komponen besar dan penting bagi seorang atlet,” katanya.

Namun begitu, untuk bergelar pemain yang memiliki pakej serba lengkap, Safawi perlu perbaiki beberapa kelemahan terutamanya dalam mengawal kekuatan.

“Ada pemain yang ada ‘power’ tapi gagal mengawal. Apabila kekuatan tidak dapat dikawal, ia akan jadi melulu dan sebab itu banyak percubaan Safawi tersasar kerana tak dapat mengawal kekuatannya.

“Kalau dalam istilah sains sukan ia dipanggil ketenangan. Jika Safawi lebih tenang dan tak mudah gopoh, saya percaya dia boleh meletup di sana”.

Khamis lalu, Safawi, 23, secara sah diumumkan sebagai pemain baharu kelab Portugal, Portimonense SC yang berpindah secara pinjaman selama semusim untuk muncul tonggak kedua negara bermain di Eropah selepas Luqman Hakim Shamsudin di Belgium.

-Metro Arena

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img