spot_img
spot_img

‘Boleh’ dan ‘Tidak’ PKPB Selangor, KL, Putrajaya

spot_img

PUTRAJAYA: Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi seperti biasa mengikut waktu-waktu yang digariskan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara prosedur operasi standard (SOP) lain yang dipersetujui dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah melibatkan kawalan pergerakan, perubatan dan kesihatan, aktiviti keagamaan, pendidikan, aktiviti riadah dan sosial.

Katanya, hanya dua orang dibenarkan untuk keluar rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan lain dan individu berisiko tinggi serta kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

- Advertisement -

“Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.

“Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka bekerja dari rumah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat khas MKN di sini semalam.

Menurut Ismail Sabri, bagi mereka yang perlu melalui Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

- Advertisement -

Katanya, individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2  dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran polis.  – UTUSAN ONLINE

Waktu-waktu operasi perniagaan yang dibenarkan adalah seperti berikut:

 

  • Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam.
  • Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran atau bawa pulang. Makan di premis makanan adalah dibenarkan namun terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP sektor makanan.
  • Operasi pasar harian adalah antara 6 pagi hingga 2 petang.
  • Operasi pasar borong (4 pagi hingga 2 petang).
  • Operasi pasar tani (6 pagi hingga 12 tengah hari).
  • Operasi pasar malam (4 petang hingga 10 malam).
  • Operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat dengan pengawasan anggota RELA.
  • Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6 pagi hingga 10 malam (kecuali stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam).
  • Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/e-hailing dibenarkan beroperasi.
  • Perkhidmatan teksi/e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.
  • Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.
  • Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
  • Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8 pagi hingga 11 malam.
  • Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.
  • Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.
  • Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.
  • Azan dan mendirikan solat lima waktu dibenarkan dengan kehadiran 6 jemaah yang ditentukan jawatan kuasa masjid termasuk imam.
  • Pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.
  • Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang  adalah tidak dibenarkan.
  • Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang dibenarkan.
  • Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan tidak dibenarkan.
  • Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, acara dan pertandingan sukan melibatkan peserta dari luar negara tidak dibenarkan.
  • Pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.
  • Seminar/bengkel/kursus/latihan/persidangan/ceramah dan aktiviti berkaitan dengan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) tidak dibenarkan. Majlis rasmi dan keramaian tidak dibenarkan. Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam  kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img