spot_img
spot_img

Bekas Setiausaha Politik didakwa esok

spot_img

KUALA LUMPUR: Seorang bekas setiausaha politik menteri akan didakwa di mahkamah esokĀ  berhubung kes rasuah kira-kira RM5 juta berhubung tender projek di sebuah kementerian.

Menurut sumber, lelaki berusia 49 tahun itu dikatakan bakal berdepan dengan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Kuala Lumpur.

Tambah sumber itu, suspek juga dijangka didakwa di Mahkamah Shah Alam pada 23 Oktober depanĀ  atas kesalahan sama dengan beberapa pertuduhan lagi.

- Advertisement -

Katanya, suspek dipercayai telah membantu syarikat kontraktor mendapatkan projek kementerian itu dan menerima suapan daripada beberapa individu menerusi beberapa transaksi.

Julai lalu, SPRM menahan lelaki tersebut untuk membantu siasatan rasuah melibatkan projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM56 juta.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menerima rasuah bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek itu pada sekitar Ogos 2019.

- Advertisement -

Siasatan itu melibatkan kes baharu dan tiada kena-mengena dengan isu muflis dan pembayaran hutang yang disiasat SPRM pada 2018.

SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan bagi siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.

Sementara itu Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd. Razali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan tiga lagi pegawai kanan agensi di bawah kementerian berkenaan yang disiasat sebelum ini dalam kes yang sama turut akan didakwa dalam masa terdekat kerana menerima rasuah. ā€“ UTUSAN ONLINE

Whatā€™s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img