spot_img
spot_img

Ahli politik perlu matang, rakyat kini rasa letih – Penganalisis

spot_img
KUALA LUMPUR: Para pemimpin politik dinasihat untuk lebih bersifat matang dalam menguruskan sebarang krisis politik yang melanda.
Felo Penyelidik ILHAM Centre, Prof. Madya Dr Hamidin Abdul Hamid berkata rakyat kini berasa ‘letih’ akibat ketikdaktentuan politik berpanjangan yang turut mencetuskan ketidakstabilan dalam kalangan rakyat.
Ujarnya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah cerminan kepada krisis politik yang menyebabkan kesejahteraan rakyat terjejas.
“Semua ini menjadikan rakyat amat tidak berpuas hati dengan tingkah laku ahli politik dalam konteks perebutan kuasa.
“Jadi dalam konteks ini, saya rasa ahli-ahli politik seharusnya bersifat matang dan menunjukkan jalan penyelasaian yang lebih baik dalam menyelesaikan kemelut politik, dan tidak semestinya melalui pilihan raya.
“Jadi oleh itu diharapkan kematangan ahli-ahli politik terutamanya elit-elit politik Malaysia untuk duduk bersama berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk memastikan kepentingan rakyat terjaga terutama apabila berdepan COVID-19,” katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas berkenaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Hamidin berkata sekiranya Parti Warisan Sabah (Warisan) berjaya mempertahankan kerusi tersebut tanpa bertanding, ia memberi gambaran jelas akan kematangan politik ketika ini.
“Jadi saya mahu melihat perkara begitu di peringkat Persekutuan. Sekiranya satu penjajaran baharu perlu dilakukan, mereka harus melakukan penjajaran baharu.
“Sekiranya mereka mahukan kepimpinan baharu, perbincangan seharusnya dilakukan antara mereka, tanpa membawa persoalan itu ke jalanan.
“Itu saya kira amat penting untuk memastikan bahawa kestabilan keresahan itu kekal di tahap ini dan tidak ditokok tambah lagi dalam kita berdepan dengan kesan-kesan psikologi hasil pandemik COVID-19,” tambahnya.
Beliau mengulas perkara tersebut susulan krisis politik ketika ini, termasuk usaha pertukaran perdana menteri dan penjajaran kerjasama politik.
Sumber-AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img