TERKINI
BERITA PANAS Pendapat Politik

Proses pemilihan Perdana Menteri yang perlu anda tahu

October 13, 2020 1:45 pm – zul
KUALA LUMPUR: Esok, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Difahamkan Anwar bakal mempersembahkan bukti sokongan ahli Parlimen kepadanya yang dikatakan membolehkan beliau membentuk kerajaan
Begitupun, adakah selepas menunjukkan segala bukti tersebut, Anwar akan terus diangkat menjadi Perdana Menteri kesembilan?
Hakikatnya, dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memilih Perdana Menteri.
Dalam pelantikan Perdana Menteri baharu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara yang mutlak berdasarkan Perkara 40(2) yang menyebut bahawa baginda boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
Pertama, melantik seorang Perdana Menteri dan kedua, tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.
Selain itu, Perkara 3(2)(b) menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.
Berikut adalah prosesnya:
Perkara 32(1) perlu ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan
Ketua Utama Negara digelar Yang di-Pertuan Agong, hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana- mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
Perkara 39 Kuasa eksekutif Persekutuan
Terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa Jemaah Menteri melalui undang-undang untuk memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.
Perkara 41 Pemerintah tertinggi
Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.
Perlu diingatkan bahawa dalam pelantikan Perdana Menteri baharu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara yang mutlak berdasarkan:
      a. Perkara 40(2) yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
          (i) melantik seorang Perdana Menteri;
         (ii) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; dan
      b. Perkara 43(2)(b) yang menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan                      Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid