spot_img
spot_img

Sokongan BN, GPS, PBS bukti kepercayaan kepada PN, Muhyiddin

spot_img
KUALA LUMPUR: Sokongan padu beberapa parti politik kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melambangkan kepercayaan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani pandemik COVID-19 dan cabaran ekonomi semasa.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, sokongan yang ditunjukkan itu sekali gus menafikan cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan Persekutuan hari ini.
“Perikatan Nasional merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan tertinggi dan Ahli Parlimen dari parti komponen Perikatan Nasional serta rakan kongsi politik lain seperti Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menzahirkan sokongan padu terhadap pimpinan Perdana Menteri.
“Sokongan ini melambangkan bahawa semua parti politik yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional bersama dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19 dan cabaran ekonomi ketika ini sekaligus menolak sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada,” kata Hamzah dalam kenyataan media pada Isnin.
Kenyataan ini hadir sehari sebelum perjumpaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Anwar dalam kenyataannya pada 8 Oktober lepas berkata, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.
Dalam pada itu, Hamzah, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan Perikatan Nasional memberikan tumpuan penuh untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik dan menawarkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada seluruh rakyat.
atuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia sekaligus menafikan cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan hari ini.

“Perikatan Nasional menyeru kepada semua rakyat untuk terus bersatu hati dan mematuhi SOP penjagaan kesihatan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi bersama-sama mengulangi kejayaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19,” katanya lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img