TERKINI
BERITA Pendapat Politik Resepi

BN ulangi pendirian sokong Muhyiddin, tolak DAP, Anwar dan Tun Mahathir

October 12, 2020 11:33 am – zul
KUALA LUMPUR: Meskipun timbul banyak khabar angin berkaitan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) menegaskan Ahli Parlimen dari parti itu tetap menyokong kepimpinan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata BN dan Muafakat Nasional (MN) sudah memutuskan 10 dasar dan selagi ia tidak diubah, gabungan itu akan terus melaksanakannya walaupun kadangkala berdepan kesukaran.
Menurutnya, antara dasar utama parti itu ialah mengulangi komitmen bahawa BN menyertai PN secara en bloc dan mengekalkan pendirian menolak DAP, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Muafakat Nasional (MN) dan BN memutuskan menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai MN dan Bersatu bersetuju.
“Selain itu, BN, Pas dan Bersatu perlu bermuafakat bagi mengelak persaingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” tulis beliau di Facebook rasminya.
Tambahnya, ketiga-tiga parti itu juga membentuk jawatankuasa dari setiap parti untuk rundingan kerusi dan rundingan sudah pun berjalan.
“Dasar lain ialah BN bertanding atas logo sendiri, bersetuju membentuk Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dan setiausaha setiap parti diarah sentiasa berhubung dan bekerjasama antara mereka, parti komponen dan parti sahabat.
“Dasar terakhir ialah sentiasa mengadakan mesyuarat jawatankuasa khususnya dari aspek teknikal dan Annuar menegaskan, memutuskan dasar itu tidak mudah namun melaksanakannya mungkin lebih sukar,” katanya.
Sumber-AWANI

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid