spot_img
spot_img

Maybank Memperkenalkan Aplikasi Dompet Digital MAE – Turut Memudahkan Memantau Perbelanjaan

spot_img

Maybank hari ini telah memperkenalkan aplikasi baru dinamakan MAE yang mana merupakan aplikasi berasingan pihak Maybank memfokuskan penawaran ciri dompet digital.

MAE ditawarkan kepada pengguna Maybank dan juga bukan pelanggan Maybank. Sesiapa sahaja boleh melakukan pendaftaran, membuat tambah-nilai, serta memohon kad fizikal untuk penggunaan di kedai-kedai mahupun untuk pengeluaran duit.

- Advertisement -

 

Aplikasi MAE memfokuskan sepenuhnya kepada memudahkan pengguna memantau perbelanjaan, memudahkan pembayaran, ataupun pemindahan wang. Malah, sebuah halaman khusus turut disediakan untuk melihat perbelanjaan anda.

Bahagian perbelanjaan diisi secara automatik berdasarkan pembayaran melalui aplikasi ini, selain turut memudahkan anda mengisinya secara manual. Anda turut boleh membuat sasaran simpanan dan memantau terus melalui aplikasi ini. Anda juga boleh membuat perbundaran untuk perbelanjaan, dimana bakinya disimpan terus ke akaun anda untuk mencapai sasaran simpanan yang telah dilakukan.

- Advertisement -

 

 

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mendaftar aplikasi MAE ini hari ini, dan menggunakannya sebagai salah satu dompet digital alternatif.

Sumber-AMANZ

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img