TERKINI
BERITA PANAS Pendapat Politik

GRS tumpu usaha mentadbir dan membangun negeri

October 8, 2020 4:50 pm – zul
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor telah melakukan semak dan imbang yang begitu teliti sehingga membawa kepada senarai lengkap pentadbiran yang diterajuinya.
Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah PBS, Datuk Jahid Jahim berkata Hajiji telah mengusahakan yang terbaik dalam memberikan kesamarataan kerusi Kabinet kepada parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Saya percaya Ketua Menteri telah melihat dari semua aspek dan tentunya beliau telah menyemak dan mengkaji bersesuaian dengan hala tuju yang beliau rancangkan.
“Dalam konteks pengagihan kerusi kelihatan beliau telah mengusahakan sebaik mungkin isu tersebut,” katanya yang ditemui di luar Istana Negeri di sini selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Kabinet Negeri Sabah pada Khamis .
Pada majlis itu, lima menteri penuh dilantik di hadapan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin.
Ahli Dewan Undangan Tanjong Keramat, Ir Shahelmey Yahya yang ditemui selepas itu berkata, kepercayaan pucuk pimpinan parti dan Ketua Menteri itu akan digalas beliau sebaik mungkin.
“Alhamdulillah saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan parti dan juga Ketua Menteri kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjawat jawatan menteri penuh, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.
“Esok pagi saya akan mendengar taklimat dari kementerian dan seterusnya kita tengok bagaimana kita ingin menghadapi masalah rakyat dalam menghadapi penularan wabak COVID 19 ini,” katanya.
Sementara itu menurut Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Aripin Mohd Arif, portfolio jawatannya akan banyak mengkhususkan kepada Hal Ehwal Agama Negeri Sabah.
“Saya akan mendapatkan dari Ketua Menteri tentang tugas-tugas saya antaranya tentang agama dan saya akan berbincang dengan beliau.
“Sebelum ini beliau ada mengarahkan saya untuk melaksanakan program dan aktiviti dan perancangan bagi memartabatkan dakwah dan pendidikan Islam.
“Selain itu saya turut ditugaskan bagi melihat tentang agama lain dan itu akan saya bincangkan bersama Ketua Menteri dari masa ke masa,” katanya lagi.
Sumber-SINAR

comments



Comments

Artikel Secara Terus

Dapatkan berita dan informasi terkini secara terus ke email anda.
wa

[covid-data]
covid